KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL Bahan kecantikan: Kunyit digunakan sebagai bahan kecantikan dalam istiadat tradisional Lebam, terkehel dan luka: Kunyit dicampur dengan minyak disapukan pada bahagian berkenaan. Selesema: Kunyit direbus dengan susu dan gula kemudian diminum.
Merangsang pengeluaran susu: Pupuk kunyit disapukan pada payudara TANAMAN Pokok: Kunyit ialah herba saka yang tingginya boleh mencapai sehingga 1 m. Daun: Daun tumbuh berumpun, tersusun secara berselang seli, berwarman hijau muda dan agak lembut. Daun licin, berbentuk bujur-tirus dan tepi daun tidak putus. Batang: Tiada batang tulen. Sarung daun berperanan sebagai patang palsu. Akar/rizom: Rizomnya mampat, berisi dan bercabang dalam sudut tepat bagi membentuk himpunan yang padat. Rizom ini bertaroma, kulitnya berwarna oren-coklat dan bahagian isi berwarna oren-cerah. Bahagian tuber juga berisi, berwarna putih dan tumbuh lurus ke bawah.
No comments:
Post a Comment